ISL 10
Bincangkan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang perekabentuk dalam menghasilkan rekabentuk visual yang menarik.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang perekabentuk dalam menghasilkan rekabentuk visual yang menarik ialah :
- Simplisiti : Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah dapat memberi kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.
- Dominan : Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.
- Pola : Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik penglihatan mata ke arah item yang utama, menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul dan mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.
- Seimbang : Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Terdapat dua jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
- Variasi : Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.
- Harmoni : Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual. Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.