Tajuk pada hari tersebut ialah Pengintegrasian Teknologi Maklumat & Komunikasi dalam P&P. Ia telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Ahmad Zain. Beliau banyak mendedahkan ilmu pengetahuan baru kepada kami. Sebelum ini, saya hanya tahu menggunakan komputer atau laptop untuk tujuan pembelajaran. Dengan mempelajari tajuk ini, banyak ilmu baru yang saya perolehi.
Saya dapat mengetahui definisi Teknologi Maklumat Komunikasi. Maksudnya ialah merangkumi pelbagai teknologi yg disepadukan untuk memperolehi atau menyimpan atau menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks atau grafik audio atau animasi dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik. Teknologi Maklumat merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyimpan maklumat. Antara pengintegrasian TMK dalam P&P ialah Pemprosesan Perkataan, Persembahan Elektronik, Hamparan Elektronik, Pangkalan Data, Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan, Penghasilan pakej multi media pembelajaran dan Penggunaan Media Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, tajuk ini telah memberi input tambahan dan banyak ilmu baru yang saya perolehi untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan tersebut apabila saya menjadi seorang guru di alam persekolahan kelak.