Projektor Overhead (Overhead Projector) (OHP)
OHP adalah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. OHP digunakan untuk menayangkan bahan transparensi yang dapat membantu para guru dalam menyampaikan bahan pelajaran secara berkesan.
OHP menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin.
OHP adalah projektor lutsinar yang mempunyai pentas permukaan kaca yang mudah digunakan. Keadaan ini membolehkan kita melukis, menulis keterangan tambahan atau pun mengubahsuai transparensi yang sedang ditayangkan.
Bahagian OHP dan Fungsinya :
- Pentas kaca : Kepingan transperasi lutsinar yang dipasang pada pentas tayangan sebagai dasar meletakkan transperasi
- Lensa : Digunakan untuk menfokuskan imej di skrin
- Tombol : fokus Mengawal jarak antara lensa dan permukaan pentas tayangan supaya imej di skrin jelas dan terang
- Kepala pengunjur :Mengandungi lensa dan cermin untuk menghalakan sinaran cahaya kepada cermin
- Tiang kepala pengunjur:Bahagian bawah tiang ini diasang pada peti ohp. Tiang ini digunakan untuk memegang pengunjur dan memfokus imej di skrin
- Peti sumber cahaya: Peti ohp yang mengandungi mentol halogen dan kipas penyejuk dan punca elektrik.
Kaedah penggunaan transparensi:
- Tindan tindih
- Sisipan
- Penutup bulat
- Penutup bahagian demi bahagian (tetingkap)
- Bergulung
Jenis-jenis transparensi OHP:
- “Write on” / tulis terus
- “Colour” / warna
- “Thermal” / peka haba
- “Print out” / cetak keluar
- “Photocopy” / salin foto
Prinsip penghasilan transparensi
1. Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerja-kerja membuat lutsinar/transparensi dengan peralatan yang sedia ada.
2. Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek kegunaan, objektif dan kandungan.
3. Tentukan format persembahan. Format memanjang atau menegak.Elakkan daripada mencampuradukkan format.
4. Pastikan setiap ciptaan(grafik, pernyataan) berada dalam 2sm daripada tepi bahan lutsinar.
5. Kejelasan huruf bergantung kepada jenis,saiz,jarak antara huruf dan jarak antara baris.
6. Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jaraj tayangan.
7. Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan sub-tajuk.
8. Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transparensi.
9. Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.
Penyediaan Transparensi :
1) Perancangan : Rancang kaedah yang paling sesuai sebelum menghasilkannya.Perancangan mesti bersesuaian dengan isi pelajaran.
2) Mencapai objektif : Kandungan transparensi perlu dilakukan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
3) Bentuk persembahan : Tentukan jenis atau bentuk persembahan transparensi mengikut kehendak matapelajaran.
4) Penggunaan prinsip asas grafik : Gunakan elemen dan prinsip asas grafik.penggunaan warna, ruang jalinan, rupa dan bentuk huruf perlu seimbang dan menarik.
5) Teknik persembahan : Tentukan teknik persembahan mengikut matapelajaran.
Teknik penghasilan transparensi
(a) Tulis terus (write-on)
Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem transparensi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.
(b) Bertingkap
Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transparensi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.
(c) Berjalur
Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak.Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingaan 4 jalur dalam satu transparansi.
(d) Bertindih(berlapis)
Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.
(e) Pusingan
Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah.
(f) Animasi/Bergerak
Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarizing diletakkan di atas bahagian-bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transperansi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan.