Penerbitan Video Pendidikan
Video merupakan salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan:
· Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang bergerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa.
· Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.
· Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.
· Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid,
Jenis-Jenis Kamera Video
Terdapat dua format video kamera yang utama, iaitu kamera video analog dan kamera video digital.
Kamera video analog
Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai dengannya sahaja.
Kamera video digital
Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian-perisian suntuingan video secara digital melalui komputer.
Bahagian-bahagian penting kamera video
Sebelum menggunakan kamera video untuk membuat sebarang rakaman, perlu mengenali bahagian-bahagian kamera video, antaranya adalah seperti berikut:
1. Butang Zoom- menggunakan fungsi butang ini bagi merakamkan imej sekat objek tanpa bergerak dan menghampiri secara fizikal.
2. Gelang focus- semasa anda zoom in, camcorder anda menala focus secara automatik. Tetapi ada masamya sensor memfokus ke objek yang salah. Jadi, lebih baik jika anda dapat melakukan focus secara manual menggunakan gelang fokus.
3. Sensor dedahan (exposure)- sensor dedahan di camcorder akan mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa sesuai dengan intensity cahaya yang diperlukan agar tempat yang cerah akan terus kelihatan cerah dalam rakaman tersebut.
4. Shutter- kelajuan shutter yang tinggi memerlukan lebih banyak cahaya menyebabkan aperture dedahan dibuka lebih luas dan ini menghasilkan medan jelas menjadi lebih tohor.
5. Butang White balance- butang ini digunakan untuk mencipta keseimbangan warna yang menarik, tetapi mungkin bukan warna asal.
6. Alat rakam suara- mikrofon dan sistem suara dibina untuk merakam bunyi semulajadi di bahagian depan camcorder.
Jenis-jenis Pergerakan Kamera
1. PANNING
Pan shot ialah satu pergerakan kamera yang perlahan, licin dan berterusan dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Namun penggunaannya yang berlebihan akan menyebabkan penonton bosan dan keliru.
Tujuan panning:
1. Menunjukkan subjek yang terlalu panjang untuk digambarkan dalam satu shot, seperti deretan bangunan yang panjang.
2. Menunjukkan hubungan diantara subjek-subjek, seperti adegan yang menunjukkan muka wanita yang terkejut kemudian pan kepada tikus yang berada di hadapannya.
3. Mengikuti pergerakan sesuatu subjek yang sedang bergerak, seperti kucing mengejar tikus.
Perkara yang perlu dititikberatkan apabila melakukan panning shot:
1. Fikirkan permulaan pan shot dan tempat di mana ia patut ditamatkan.
2. Bila tidak menggunakan tripod, bahagian pinggang ke atas sahaja yang bergerak atau berpusing.
3. Pan dengan perlahan dan stabil untuk membolehkan penonton dapat melihat apa yang dipaparkan.
4. Imej "permulaan" dan "penamat" shot mestilah statik selama 3 saat.
5. Panning shot yang berkesan adalah tidak melebihi sudut 90 darjah. Jika melebihi boleh menyebabkan pergerakan kamera bergoyang dan hilang keseimbangan.
6. Bila membuat panning shot subjek yang sedang berjalan atau berlari ruang depan subjek atau walking room lebih luas dari ruang di belakang subjek.
Proses Penerbitan Video
Merancang Penerbitan Bahan Video
1.Tetapkan Tujuan dan Objektif
2.Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan
3.Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai
4.Menulis Skrip
5.Bersedia Membuat Penggambaran
6.Sediakan Bahan-Bahan Grafik
7.Sediakan Bahan dan Peralatan
8.Mulakan Penggambaran
9.Menyunting
10.Membuat Rakaman Audio
11.Prebiu
12.Gunakan Dalam Pengajaran
13.Penilaian