Tajuk pada hari tersebut ialah Asas Grafik.Ia telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Ahmad Zain. Beliau banyak mendedahkan ilmu pengetahuan baru kepada kami. Sebelum ini, saya hanya tahu menggunakan komputer atau laptop untuk tujuan pembelajaran. Dengan mempelajari tajuk ini, banyak ilmu baru yang saya perolehi.
Saya dapat mengetahui pelbagai elemen-elemen grafik. Elemen grafik ialah bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual.p elbagai maksud media pengajaran dari beberapa orang tokoh terkenal. Ianya mempunyai maksud berbeza mengikut perspektif masing-masing. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa kita perlu mengetahui faktor-faktor yang perlu diambil dalam memilih media pengajaran. Hal ini kerana, kita perlu merancang sesuatu dengan mengambil kira dari segala aspek supaya perancangan yang dibina dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi kesan positif kepada murid.
Saya juga dapat mengetahui bahawa banyak fungsi media pengajaran yang akan diperoleh. Antaranya ialah menjadikan pengajaran lebih tersusun, memberi maklumat, menjadikan pembelajaran menjadi lebih dekat, memperkayakan pengalaman, pembelajaran lebih seronok dan pengajaran lebih bersifat individu.
Kesimpulannya, tajuk ini telah memberi input tambahan dan banyak ilmu baru yang saya perolehi untuk merancang pengajaran yang bersesuaian dengan persekitaran persekolahan kanak-kanak sekarang.