ISL 2 Peranan dan kepentingan model ADDIE dan ASSURE: Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasi reka bentuk pengajaran dalam perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan pembelajaran pelajarnya yang jelas dan berkesan. Reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah atau kejayaan satu-satu program atau kurikulum kursus. Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti berikut:- 1. Meningkatkan pencapaian pelajar. 2. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur. 3. Membantu dalam proses membuat keputusan. 4. Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai. 5. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras begi kumpulan yang pelbagai. 6. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh
ISL 7 Peranan rekabentuk pengajaran kepada seorang guru: 1. Meningkatkan pencapaian pelajar. 2. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur 3. Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajarann hasil pembelajaran mudah tercapai. 4. Membantu dalam proses membuat keputusan. 5. Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai. 6. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.
Antara bahan-bahan media pengajaran : 1) Projektor overhed 2) Perakam kaset 3) Televisyen dan video 4) Komputer 5) CD-Rom 6) e-pembelajaran