Tajuk pada hari tersebut ialah Asas Fotografi.Ia telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Ahmad Zain. Beliau banyak mendedahkan ilmu pengetahuan baru kepada kami. Sebelum ini, saya hanya mengenali kamera dan hanya mengetahui beberapa fungsi sahaja di dalamnya. Dengan mempelajari tajuk ini, banyak ilmu baru yang saya perolehi.
Saya dapat mengetahui pelbagai jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring (disk), kamera segera (instant) atau polaroid, kamera katrij (catridge), kamera pembalikan dan kamera format besar (large format view). Selain itu, saya dapat mengenali beberapa elemen di dalam kamera. Antaranya ialah cara mengendalikan ISO, shutterspeed dan aperture. Tiga perkara tersebut adalah elemen utama yang perlu diketahui untuk mengambil sesuatu gambar mengikut keadaan dan suasana tempat tersebut.
Peranan fotografi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Antaranya ialah untuk menarik minat pelajar, meningkatkan pemahaman pelajar terhada sesuatu konsep atau tema, merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh dan mendorong penerokaan dan perkembangan idea pelajar dan memudahkan tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar.
Kesimpulannya, tajuk ini telah memberi input tambahan dan banyak ilmu baru yang saya perolehi untuk diaplikasikan dalam tugas-tugas yang diberikan apabila saya berada di sekolah kelak.