Tajuk pada hari tersebut ialah OHP dan Transparensi.Ia telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Ahmad Zain. Beliau banyak mendedahkan ilmu pengetahuan baru kepada kami. Saya dapat mengetahui maksud bahan audio dengan lebih terperinci. Bahan audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara elektronik melalui kabel atau udara. Selain itu, antara langkah-langkah menghasilkan bahan audio pendidikan ialah menetapkan matlamat, membuat penyelidikan dan mengumpulkan bahan, membuat pemilihan bahan, menulis skrip, menyediakan peralatan, membuat rakaman, prebiu, menggunakan bahan audio serta membuat penilaian dan penambahbaikan.
Selain itu, antara kebaikan bahan audio ialah bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh guru atau murid, bahan audio boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan pembacaan sahaja dan bahan audio adalah mudah alih, iaitu dapat digunakan di mana-mana sahaja.. Kesimpulannya, tajuk ini telah memberi input tambahan dan banyak maklumat yang saya perolehi. Saya akan menggabungkan bahan audio dengan bahan bantu mengajar yang lain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya ianya nampak lebih menarik dan murid dapat menggunakan deria pendengarannya juga untuk menumpukan sepenuh perhatian.