Tajuk pada hari tersebut ialah Penerbitan Video pendidikan. Ia telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Ahmad Zain. Beliau banyak mendedahkan ilmu pengetahuan baru kepada kami.
Saya dapat mengetahui bahawa video merupakan salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Saya dapat mengetahui cara merancang penerbitan video ialah Tetapkan Tujuan dan Objektif, Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan, Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai, Menulis Skrip, Bersedia Membuat Penggambaran, Sediakan Bahan-Bahan Grafik, Sediakan Bahan dan Peralatan, Mulakan Penggambaran, Menyunting, Membuat Rakaman Audio. Prebiu, Gunakan Dalam Pengajaran dan Penilaian.