ISL 3
Membuat klasifikasi jenis media dengan menggunakan pengurusan grafik
- Teks. contoh: Huruf abjad dan nombor dalam buku, poster, papan kapur, skrin komputer.
- Audio. contoh: Muzik, bunyi mekanikal, bunyi
- Visual. contoh :Poster, lukisan, gambar, grafik, kartun
- Media Motion/Bergerak. contoh:Pita rakaman, animasi
- Manipulatif. contoh: Bahan 3 Dimensi yang boleh disentuh dan dikendalikan oleh pelajar.
- Orang. contoh :Guru, pelajar, pakar rujuk bidang mata pelajaran.
ISL 5
Media pengajaran hanyalah sebagai medium yang digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima supaya dapat merangsang fikiran,perasaan dan minat pelajar. Jelaskan jenis media pengajaran mengikut pengkelasan dan berikan contoh-contoh yang sesuai.
Klasifikasi media :
- Media Tayang Kaku ialah bahan-bahan tayangan yang tidak bergerak seperti visual yang disediakan di dalam slaid, transparensi, bahan web dan bahan pembelajaran berasaskan komputer. contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem
- Media Tayang Bergerak ialah penggunaan pelbagai format media dalam pengajaran dan pembelajaran .contoh: pita video, cakera padat digital dan filem
- Bahan Grafik.contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf
- Gambar Kaku.contoh: foto, kad imbasan dan poskad
- Bahan Pameran Tiga Dimensi.contoh: model, boneka dan pupet
- Papan Paparan/Pameran.contoh: papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin
- Media Audio.contoh: pita kaset, cakera padat dan komputer
- Media Cetak. contoh: modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah
ISL 6
Melalui penggunaan pelbagai teknologi dan media pengajaran bagaimana konsep 'pengajaran tanpa bergantung kepada pengajar' boleh dilaksanakan di dalam kelas.
- Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan.
- Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Dengan cara ini, guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.
- Contohnya, pelajar boleh mempelajari kejadian gempa bumi melalui tayangan video dan seterusnya diberi latihan untuk menjawab.