ISL 15
Jelaskan garis panduan, prosedur, dan teknik menghasilkan transparensi yang berkesan.
Garis panduan menghasilkan transparensi:
1. Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerja-kerja membuat lutsinar/transparensi dengan peralatan yang sedia ada.
2. Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek kegunaan, objektif dan kandungan.
3. Tentukan format persembahan. Format memanjang atau menegak.Elakkan daripada mencampuradukkan format.
4. Pastikan setiap ciptaan(grafik, pernyataan) berada dalam 2sm daripada tepi bahan lutsinar.
5. Kejelasan huruf bergantung kepada jenis,saiz,jarak antara huruf dan jarak antara baris.
6. Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jaraj tayangan.
7. Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan sub-tajuk.
8. Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transparensi.
9. Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.
Prosedur penyediaan transparensi:
- Huruf paling sesuai 18 poin; atau tinggi huruf ¼ inci; Dengan pen teknikal saiz minimum 0.5 mm dan
pembaris 5mm.
- Jarak maksimum penonton dengan imej 8T (8 x tinggi imej)
- Setiap keping transparensi sebaik-baiknya mengandungi 6 atau 8 baris ayat dan setiap baris mempunyai 6
atau 8 perkataan.
- Gunakan huruf besar untuk tajuk, dan kurang dari 5 perkataan
- Padankan warna huruf dengan latar belakang supaya mudah dibaca.
- Setiap keping transparensi yang dihasilkan seharusnya menekankan prinsip kesederhanaan; iaitu tidak
terlalu banyak teks atau visual, sehingga boleh menimbulkan kekeliruan.
- Transparensi berbentuk melintang lebih baik; ia mengurangkan kesan herotan dan darjah penglihatan
menjadi lebih luas dan terng.
- Transparensi hendaklah dilekatkan ke atas bingkai kadbod, supaya mudah diunjur, disusun, disimpan dan
dikatalog.
Teknik penghasilan transparensi :
a. Tulis terus (write-on)
Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem transperansi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.
b. Bertingkap
Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transperansi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.
c. Berjalur
Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingga 4 jalur dalam satu transperansi.
d. Bertindih (berlapis)
Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.
e. Pusingan
Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan ( secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah.
f. Animasi
Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarising dilekatkan di atas bahagian-bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transperansi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan.