ISL 17
Jelaskan langkah-langkah yang perlu dilalui untuk menghasilkan sebuah video untuk tujuan pembelajaran
Tetapkan Tujuan dan Objektif
- Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakah kumpulan sasarannya dan bagaimanakah bahan itu akan digunakan dalam pengajaran. Perlu diingat, objektif P & P yang dinyatakan perlu dicapai.
Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan
- Bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebagainya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran dikumpulkan terlebih dahulu.
Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai
- Bahan yang anda kumpulkan mungkin terlalu banyak. Pilih bahan yang difikirkan benar-benar perlu dan releven.
Menulis Skrip
- Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.
Bersedia Membuat Penggambaran
- Sediakan jadual Penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugasan masing-masing.
Sediakan Bahan-Bahan Grafik
- Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Jika tidak, hal ini akan mengganggu kelancaran penggambaran.
Sediakan Bahan dan Peralatan
- Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.
Mulakan Penggambaran
- Anda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.
Menyunting
- Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.
Membuat Rakaman Audio
- Langkah ini adalah untuk memasukkan narration, kesan bunyi dan muzik latar.
Prebiu
- Rancangan perlu dipratonton oleh sekumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.
Gunakan Dalam Pengajaran
- Di sinilah anda menggunakan klip video yang telah dihasilkan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran anda. Galakkan perkongsian sumber ini dengan rakan-rakan sejawat yang lain.
Penilaian
- Di sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika perlu, buat penambahbaikan bagi memastikan objektif penyediaan bahan tercapai.
ISL 18
Buat penilaian interaktif mana-mana cd video yang dihasilkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian perisian kursus ini dibuat dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Penilaian ini melihat persepsi pelajar dan pensyarah ke atas perisian ini daripada pelbagai aspek. Data mentah yang diperoleh daripada tinjauan dianalisis dengan analisis korelasi. Menurut Mohd. Majid (1991), analisis korelasimemberi penekanan tentang perkaitan antara pemboleh ubah. Wiersma (2000) pula menyatakan analisis korelasi tidak memanipulasikan pemboleh ubah tetapi hanya mengkaji kesan dan hubungan yang wujud antara pemboleh ubah. Wiersma (2000) juga menyatakan perhubungan dua pemboleh ubah yang dikaji merupakan korelasi.
Instrumen yang digunakan untuk penilaian ini ialah soal selidik yang diisi oleh subjek kajian. Proses penilaian ini melibatkan pelajar seni bina Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) serta para pendidik dari institusi yang dinyatakan di atas.
Bagi kajian ini seratus enam puluh pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Melalui kaedah persampelan ini seramai empat puluh pelajar telah dipilih dari setiap politeknik yang menawarkan kursus seni bina. Pelajar yang dipilih sebagai sampel kajian ialah pelajar seni bina yang pernah mempelajari subjek CADD 1 dan CADD 2 dengan kaedah biasa ketika mereka berada dalam semester dua dan semester empat. Persepsi pelajar ini dijadikan sebagai asas untuk menilai perisian kursus multimedia interaktif yang dibangunkan untuk pengajaran penggunaan perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACAD R14) dalam penghasilan lukisan persembahan. Seramai dua belas orang pakar telah dijadikan subjek kajian untuk menilai perisian kursus ini. Pakar ini terdiri daripada guru, pensyarah politeknik dan pensyarah institusi swasta yang mempunyai pengalaman mengendalikan perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACAD R14).