Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (EDU 3105)
  • Biodata
  • Interaksi
    • Tajuk 1:Teknologi Pendidikan
    • Tajuk 2: Reka bentuk Pengajaran
    • Tajuk 3: Media Pengajaran
    • Tajuk 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan penilaian media Pengajaran
    • Tajuk 5: Asas Grafik
    • Tajuk 6: Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi
    • Tajuk 7: Asas Fotografi
    • Tajuk 8: OHP dan Transparensi
    • Tajuk 9: Bahan Audio
    • Tajuk 10: Penerbitan Video Pendidikan
    • Tajuk 11: Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
    • Tajuk 12: Isu-isu dan trenda terkini dalam Teknologi Pendidikan
  • Refleksi
    • Tajuk 1
    • Tajuk 2
    • Tajuk 3
    • Tajuk 4
    • Tajuk 5
    • Tajuk 6
    • Tajuk 7
    • Tajuk 8
    • Tajuk 9
    • Tajuk 10
    • Tajuk 11
    • Tajuk 12
  • ISL
    • Proforma
    • Tajuk 1
    • Tajuk 2
    • Tajuk 3
    • Tajuk 4
    • Tajuk 5
    • Tajuk 6
    • Tajuk 7
    • Tajuk 8
    • Tajuk 9
    • Tajuk 10
    • Tajuk 11
    • Tajuk 12
  • Kerja Kursus
    • Soalan
    • Projek
                
              Tajuk pada hari tersebut ialah Bahan audio. Ia telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Ahmad Zain. Beliau banyak mendedahkan ilmu pengetahuan baru kepada kami. 

             Saya dapat mengetahui maksud bahan audio dengan lebih terperinci.Bahan audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara elektronik melalui kabel atau udara.  Audio adalah satu komunikasi sehala yang digunakan bagi membantu pembelajaran kendiri pelajar yang menghadapi masalah membaca, golongan yang ingin belajar bahasa asing, serta golongan yang ingin melakukan aktiviti senaman.

            Saya menyedari bahawa bahan audio merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kebaikan bahan audio ialah audio merupakan satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan berkesan, bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh guru atau murid,  boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan pembacaan sahaja dan bahan audio adalah mudah alih, iaitu dapat digunakan di mana-mana sahaja. Antara kelemahannya ialah sesetengah kanak-kanak kurang atau tidak memberi perhatian kepada persembahan audio sekiranya tiada pengawasan guru dan kos untuk menyediakan kelengkapan adalah tinggi.

Powered by
✕