Tajuk pada hari tersebut ialah Reka bentuk Pengajaran.Ia telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Ahmad Zain disebabkan pertukaran pensyarah untuk kelas saya pada minggu sebelumnya. Pada masa pertama,beliau meminta kami membina sebuah blog dari weebly bagi subjek ini. Tujuan pembinaan blog ini adalah untuk memudahkan kami menyimpan dan menulis nota dan isi pelajaran bagi setiap tajuk yang akan dipelajari dalam kelas beliau. Puan Rosnah telah menunjukkan cara pembinaan blog iaitu bermula dari awal masuk ke laman web weebly hingga kami boleh memasukkan tajuk-tajuk utama ke dalam blog masing-masing.
Selepas hampir satu jam kami membina blog, Puan Rosnah memulakan sesi pengajarannya. Dalam tajuk ini,saya dapat mengetahui model-model reka bentuk pengajaran iaitu Model ADDIE dan Model ASSURE. Model-model tersebut mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mengenalpasti kebolehan yang dapat dicapai setiap murid dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, penggunaan model-model seperti ini amat penting untuk memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai diakhir pengajaran.Saya dapat mengetahui bahawa model reka bentuk pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam situasi pengajaran di bilik darjah yang memerlukan penggunaan media ialah Model ASSURE dan ADDIE.
Selain itu,saya juga dapat mengetahui bahawa terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh dijadikan panduan menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam mempelajari tajuk ini, saya juga menyedari bahawa seseorang guru harus mengetahui aspek reka bentuk pengajaran serta perlu mempunyai perancangan yang lengkap dan sistematik untuk mencapai keberkesanan dalam pengajaran terutamanya dalam proses pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran.
Kesimpulannya, tajuk ini telah memberi input tambahan dan banyak ilmu baru yang saya perolehi untuk merancang pengajaran yang bersesuaian dengan persekitaran persekolahan kanak-kanak sekarang yang banyak didedahkan dengan pelbagai teknologi moden.