Asas Grafik
Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.
Reka bentuk Visual
Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis.
Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenar berasal dari perkataan “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.
Visual boleh didapati dalam tiga bentuk:
–Fotografi
–Elektronik
–Grafik
Fotografi dan video sebagai satu contoh bahan elektronik. Di mana ianya disediakan dalam bentuk ilustrasi melalui gambar atau visual yang menyerupai situasi yang sebenar.
–Manakala grafik menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik.
Ciri-ciri visual yang baik:
- Mudah dan jelas dibaca dan difahami.
- Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah.
- Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar,guru dan maksud yang terdapat dalam visual.
- Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.
Elemen grafik ialah bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual. Ia terdiri daripada:
i.Ruang ( Space )
ii.Garis ( Line )
iii.Permukaan ( Surface )
iv.Bentuk dua dimensi ( Shape )
v.Bentuk tiga dimensi ( Form )
Ruang ( Space )
–Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola.
–Ruang terbahagi kepada dua jenis:
1) Ruang Positif – ruang yang digunakan.
2) Ruang Negatif – ruang yang kosong.
Garis (Line)
•Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan yang paling utama. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain.
•Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).
Fungsi garisan :
1.Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain.
2.Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.
3.Menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan.
4.Menunjukkan kekusutan.
5.Melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain.
6.Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.
Permukaan ( Surface )
•Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur.
•Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.
Bentuk dua dimensi ( Shape )
•Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas.
•Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi:
a) Bentuk geometri
b) Bentuk abstrak
c) Bentuk gambaran
Bentuk tiga dimensi ( Form )
- Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori:
- Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja.
Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.
Prinsip Reka Bentuk Visual
–Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.
Prinsip Grafik:
- Simplisiti : Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah dapat memberi kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.
- Dominan : Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :
a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga
Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.
b) Warna dan bentuk yang kontras
c) Saiz yang lebih besar
d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama
f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas
g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar
- Pola : Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik penglihatan mata ke arah item yang utama, menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul dan mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.
- Seimbang : Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Terdapat dua jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
- Variasi : Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat. Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.
- Harmoni : Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual. Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.