Tajuk pada hari tersebut ialah Penggunaan Bahan-bahan 2 Dimensi dan 3 Dimensi.Ia telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Ahmad Zain. Beliau banyak mendedahkan ilmu pengetahuan baru kepada kami. Sebelum ini, saya hanya mengetahui tentang beberapa bahan 2d sahaja. Dengan mempelajari tajuk ini, banyak ilmu baru yang saya perolehi.
Saya dapat mengetahui pelbagai maklumat tentang bahan 2D dan 3D. Maksud bahan-bahan 2D ialaha bahan yang mempunyai 2D seperti lebar dan panjang. Antara contoh bahan 2D ialah gambar, bahan bercetak dan poster yang hanya mempunyai dua ciri, iaitu lebar dan panjang. Antara jenis Bahan-bahan Dimensi (2D) ialah bahan bercetak, carta, graf, poster serta gambar dan peta. Selain itu, maksud bahan 3D ialah bahan yang mempunyai panjang, lebar dan ketinggian. Bahan 3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai persepsi kedalaman. Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera , model-model, diorama, dan realia
Saya juga dapat mengetahui bahawa banyak fungsi penggunaan bahan 2D dan 3D yang akan diperoleh. Antaranya ialah bahan yang digunakan mestilah menarik.Ia bertujuan untukdapat menarik perhatian, membolehkan ianya mencetuskan reaksi yang cepat dalam kalangan murid. Murid boleh melihat sesuatu situasi dalam gambaran yang sebenar seperti menggunakan bahan-bahan 3D.
Kesimpulannya, tajuk ini telah memberi input tambahan dan banyak ilmu baru yang saya perolehi untuk merancang pengajaran pada masa akan datang yang bersesuaian dengan aras pemikiran murid yang inginkan sesuatu sesi pengajaran yang menarik.