Tajuk pada hari tersebut ialah perancangan,pemilihan,penghasilan dan penilaian media pengajaran. .Ia telah disampaikan oleh Puan Rosnah binti Ahmad Zain. Beliau banyak mendedahkan ilmu pengetahuan baru kepada kami. Antara kepentingan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran ialah Pembelajaran Kendiri, Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran dan Peluang Belajar Untuk Semua.Perancangan merupakan langkah yang sangat penting. Ia menggariskan objektif pengajaran dan pembelajaran. Ia menganalisis situasi pengajaran seperti masa, tempat dan ruang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran :
1) Ilmu baru menjadi lebih mudah disampaikan melalui grafik.
2) Pengajaran dapat dipersembahkan secara konkrit.
3) Kombinasi huruf dan objek diseiringkan bagi membentuk sesuatu yang
lebih bermakna.
4) Guru dapat menerangkan perkara-perkara yang sukar dan kompleks dengan
lebih mudah dan jelas berdasarkan visual.
5) Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam
seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN berdasarkan model Assure
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Bestari (Analize)
Bilangan Murid : 25 orang
Tarikh : 2 Mac 2010
Masa : (60 minit) 9.30-10.30 pagi
Tema : Kesihatan Diri
Tajuk : Makanan Untuk Kesihatan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran : (State Objective)
1. 80% murid-murid dapat memahami dan dapat membezakan antara imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
2. Murid-murid dapat memahami pamplet ‘Piramid Makanan’ yang diberikan.
3. Murid-murid menghuraikan maklumat tentang ‘Piramid Makanan’ berdasarkan pamplet yang diberikan.
Hasil : Fokus utama
Pembelajaran 5.2 Aras 2
(i) Menghuraikan maklumat yang diperoleh daripada bahan yang dibaca.
Fokus sampingan
2.1 Aras 1
(ii) Menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang telah dipilih.
Kemahiran bahasa : Kemahiran Lisan
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Kosa Kata : Karbohidrat, Protein, Vitamin dan Lemak
KBKK : Bersoal-jawab (Select Method)
Sistem bahasa : Tatabahasa (morfologi : imbuhan)
Awalan, Akhiran dan Apitan
Nilai : Kesederhanaan, Kesyukuran dan Bertanggungjawab
Ilmu : Pendidikan Kesihatan
Kemahiran : Kajian Masa Depan
bernilai tambah
Pengetahuan : Sebahagian murid dapat mengenal pasti antara makanan
sedia ada berkhasiat dan tidak berkhasiat.
Bahan bantu : LCD + Laptop, Pamplet ‘Piramid Makanan’ (Select Media)
mengajar (BBM)
Langkah/Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit) Perkataan
‘Makanan’ 1. Guru bertanyakan kepada murid-murid tentang makanan yang mereka makan sebelum datang ke sekolah.
2. Murid-murid akan menjawab sama ada mereka mengambil sarapan atau tidak. KBKK
Soal Jawab
Langkah 1 (5 minit)
‘Piramid Makanan’
Kosa Kata :Karbohidrat, Protein, Vitamin, Lemak
1. Guru menayangkan power point berkenaan pembelajaran hari ini.
2. Guru memberikan pengenalan bagi pembelajaran hari ini.
BBM
1. LCD + Laptop (Utilize Media)
Langkah 2 (10 minit)
1. Guru menerangkan tentang piramid makanan dan meminta murid-murid memberikan beberapa contoh makanan berdasarkan khasiatnya. (Require Learners Participation)
2. Kemudian, guru memberikan pamplet yang mengandungi bahan bacaan tentang ‘Piramid Makanan’.
3. Guru meminta murid-murid menghuraikan maklumat yang difahami hasil pembacaan mereka. (Require Learners Participation) BBM
2. LCD + Laptop
3. Pamplet ‘Piramid Makanan’ (Utilize Media)
KAEDAH
Bacaan Senyap
Langkah 3 (20 minit)
Imbuhan :Awalan, Akhiran, Apitan
Latihan :Pengukuhan
1. Guru menerangkan tentang imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
2. Guru memberikan beberapa contoh yang sesuai dan mudah.
3. Guru memberikan latihan pengukuhan kepada murid-murid supaya lebih faham tentang imbuhan. (Evaluate and Revise) BBM
1. LCD + Laptop
Langkah 4 (15 minit)
Latihan :Pengayaan
Tugasan
1. Guru memberikan tugasan kepada murid-murid seperti yang telah ditayangkan pada LCD.
2. Guru memerhati dan membantu murid-murid yang masih lemah dalam mengenal pasti imbuhan-imbuhan tersebut. (Evaluate and Revise) BBM
1. LCD + Laptop
2. Pamplet ‘Piramid Makanan’
Penutup (5 minit)
Kepentingan mengambil makanan seimbang.
1. Guru menyatakan kepentingan mengambil makanan yang seimbang bagi menjamin kesihatan yang baik.
2. Guru meminta murid-murid menyiapkan tugasan mereka dan menghantar tugasan tersebut pada esok hari.
Kemahiran Bernilai Tambah :Kajian Masa Depan
Nilai :
Kesyukuran
Kesederhanaan
Bertanggungjawab